Tentang Kami

MAD GARAGE & SERVICES


 

Ia merupakan syarikat persendirian yang ditubuhkan pada 5 Februari 2020. Ibu pejabat kami perpusat di Masai, Johor, Malaysia. Penubuhan syarikat ini adalah merupakan sebuah syarikat pemilikan persendirian yang ditubuhkan sendiri oleh pemilik MAD GARAGE & SERVICES iaitu Encik Mohamad Amirul Bin Din. Aktiviti utama yang dijalankan dalam perniagaan ini adalah memberikan khidmat servis kenderaan secara pantas, cekap dan berkualiti yang bebas daripada penipuan dan bebas daripada ketidakjujuran.


Syarikat ini mengutamakan kualiti dan kebersihan dalam melakukan apa saja aktiviti. Selain itu, syarikat ini juga menawarkan khidmat nasihat kepada pelanggan secara percuma bagi memastikan kenderaan yang dipandu oleh pelanggan dalam keadaan baik dan selamat untuk dipandu.


Visi


 

MAD GARAGE & SERVICES berkembang pesat sebagai sebuah pusat servis kenderaan yang merupakan 100% bumiputra di samping menawarkan harga yang berpatutan serta servis cekap dan servis berkualiti yang memenuhi kehendak pelanggan. Selain itu kami ingin menubuhkan pusat servis terbesar di negara ini dengan keadaan dan suasana yang tersendiri di masa akan datang.

Misi


 

MAD GARAGE & SERVICES melakukan kerja dengan penuh daya bagi memastikan hasil kerja dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa ada sebarang kecacatan mahupun kesilapan kecil. Kualiti servis dijamin dapat memuaskan hati pelanggan dengan setiap kerja pemasangan yang dilakukan terhadap kereta tanpa keraguan. Dalam pada masa yang sama kebersihan persekitaran premis juga adalah tanggungjawab kami bagi memastikan pelanggan dalam keadaan yang selesa apabila berada di pusat servis kami.


Objektif Syarikat:


 

  • Memastikan kenderaan yang diselenggara dari awal sehingga akhir adalah teratur dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
  • Meningkatkan dan mempelbagaikan rangkaian supaya lebih dikenali oleh rakyat Malaysia.
  • Mempelbagaikan perkhidmatan dan meningkatkan kualiti dalam menyelenggara kenderaan seiring kemahuan pelanggan.
  • Mengenalpasti masalah yang berlaku bagi meningkatkan lagi kualiti dari masa ke semasa.